Perak Hari Ini

Polis Marin Perak Rampas Mercun, Rokok Seludup Bernilai RM158,590

mercun3

Polis Marin Perak berjaya merampas barangan mercun dan rokok bernilai RM158,590 yang cuba diseludup masuk ke negara ini sempena musim perayaan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi, DSP Shaari Ariffin, berkata rampasan dan tangkapan itu dilakukan berdasarkan pemantauan berterusan yang dilakukan oleh pasukan tersebut sepanjang tempoh Op Landai yang dilancarkan sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Tujuh kes direkodkan mengikut Akta Kastam 1967/Akta Bahan Letupan 1957 dengan tiga kes dilaporkan pada 8 Januari lalu dan masing-masing dua kes pada 16 dan 27 Januari lalu, katanya lagi.

“Pada 8 Januari lalu, kita berjaya merampas barangan mercun bernilai kira-kira RM22,058 dan pada 16 Januari pula, nilai rampasan mercun mencecah RM58,572.

“Seterusnya, pada 27 Januari lalu, barangan mercun bernilai RM77,960 dirampas dalam Ops Landai ini yang dilancarkan sempena perayaan Tahun Baru Cina,” tegasnya kepada pemberita pada sidang media di Sitiawan, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Shaari berkata, pihaknya amat mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan yang menyalahi undang-undang yang berlaku di perairan Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");