Sukan Hari Ini

Post Mortem Sukan SEA Dalam Masa Dua Minggu Lagi – Khairy

khairy

Khairy Jamaluddin (dua, kiri) bersama Duta Jelajah Trofi Piala Dunia FIFA 2014, Dwight Yorke (dua, kanan) bergambar bersama trofi tersebut pada Majlis Pelancaran Riuh di Brazil di Sri Pentas, Bandar Utama di Petaling Jaya, Jumaat. Turut sama Pengarah Francais Coca-Cola Far East Limited Malaysia, Agustinus Gunadharma (kanan). Foto BERNAMA:-

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) akan melakukan post mortem dalam tempoh dua minggu terhadap kemerosotan sukan yang menjadi lubuk emas kontinjen negara pada Sukan SEA Myanmar bulan lepas, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, selepas sesi post mortem tersebut, anggota panel mesyuarat post mortem itu akan mencadangkan langkah untuk mengatasi kelemahan dan kemerosotoan sesetengah jenis sukan yang pernah menjadi penyumbang pingat pada temasya dwitahunan itu.

Beliau berkata sukan seperti olahraga, renang dan berbasikal sebelum ini merupakan lubuk emas kepada negara namun kini sukan tersebut menunjukkan penurunan prestasi yang ketara.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kempen ‘Riuh di Brazil’ sempena Jelajah Piala Dunia FIFA 2014 di Sri Pentas, bandar Utama, di sini Jumaat.

Katanya, beliau masih belum berpeluang berjumpa dengan kepimpinan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bagi membincangkan isu berkenaan.

Pada Sukan SEA Myanmar, kontinjen negara meraih 43 emas, 38 perak dan 77 gangsa dan menduduki tangga kelima dalam carta pungutan pingat.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");