Berita Hari Ini

PPSPM cipta bot kutip sampah

bot kutip sampah

BANDA HILIR – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) memperkenalkan kaedah terbaik mengatasi masalah sampah sepanjang Sungai Melaka bagi menggantikan kaedah konvensional yang digunakan sejak hampir tujuh tahun lalu.

Pengurus besarnya, Datuk Baharom Majid berkata, kaedah itu yang menggunakan sebuah bot hasil ciptaan kakitangan PPSPM mampu memungut sampah lebih senang, cepat serta menjimatkan kos.

Menurutnya, sebelum ini, kerja-kerja mengutip sampah terapung di Sungai Melaka dikendalikan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerusi kontraktor yang dilantik, namun kini dengan ciptaan terbaharu ini, ia mampu dikendalikan sendiri oleh kakitangan PPSPM.

“Bot ini dirancang pembinaannya sejak setahun lalu dan mula digunakan sebagai percubaan sejak dua minggu lalu.

“Kos pembinaannya tidak sampai RM20,000 dan ia cuma dikendalikan oleh dua kakitangan sekali gus dapat menjimatkan masa serta belanja pengurusan sehingga 50 peratus,” katanya dalam sidang media, semalam.

Baharom berkata, setakat ini, hanya sebuah sahaja bot disediakan dan akan ditambah pada masa akan datang bergantung kepada keperluan.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");