Perak Hari Ini

Projek Bina Longkang Kampung Lata Siap Dalam Tempoh 30 Hari Lagi

PERAK TODAY 7“Ini adalah antara hadiah sempena Tahun Baru Cina yang bakal diraikan tidak lama lagi”.

Begitu ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah kepada penduduk kampung Lata, dekat Tambun  selepas majlis penyerahan bantuan projek menaiktaraf longkang di kampung tersebut, sebentar tadi.

“Bantuan fasa 3 membabitkan peruntukan berjumlah RM50,000 ini merupakan bantuan peringkat terakhir bagi projek menaiktaraf longkang di kampung tersebut,” katanya lagi.

Jelasnya, sebagai wakil rakyat, beliau dan Ahli Parlimen akan sentiasa menjaga kebajikan semua masyarakat tanpa mengira kaum dan bangsa dengan sebaik mungkin.

Datuk Aminuddin Md Hanafiah
Datuk Aminuddin Md Hanafiah

“Saya menyampaikan sumbangan ini bagi pihak Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah, sekaligus menjadi hadiah bermakna buat penduduk kampung sempena perayaan Tahun Baru Cina, tahun ini,” katanya.

Katanya lagi, apabila longkang sepanjang 300 meter tersebut siap dibaiki kelak, kemudahan lain seperti lampu jalan dan penurapan jalan juga akan disediakan secara berperingkat-peringkat.

“Apabila dipilih sebagai pemimpin, saya dan Ahli Parlimen akan berusaha membantu masyarakat seperti yang dijanjikan,” jelasnya lagi.

Tambah Aminuddin, longkang di sepanjang jalan tersebut perlu diperbaiki untuk mengelakkan jalan tersebut runtuh kerana struktur tanah yang tidak begitu stabil.

“Kita bersetuju dengan permohonan ahli jawatankuasa kampung untuk memantau keadaan longkang tersebut,” tambah beliau lagi.

Penambahbaikan longkang tersebut bakal disiapkan dalam tempoh sebulan, katanya.

“Untuk n fasa pertama, bantuan berjumlahan RM45,000 diberikan manakala untuk fasa kedua pula, sebanyak RM69,000 disediakan dan untuk fasa terakhir pula, tambahan RM50,000 lagi diperuntukkan,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");