Perak Hari Ini

Projek ‘Eco Friendly’ Bakal Dibangunkan Di Seri Iskandar

mb inc

Menteri Besar Incorporated (MB Inc) dan Ipoh City Development Sdn Bhd bakal membangunkan kawasan seluas 105.6 hektar di Seri Iskandar dengan projek pembangunan berkonsepkan ‘eco-friendly’ membabitkan kos mencecah lebih RM2.1 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aminuddin Hashim berkata, projek yang dikenali Kinta Lake District Deveploment itu turut meliputi pembangunan sebuah bandar tersusun dan indah yang dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 15 tahun akan datang.

“Pembangunan ini berkonsepkan alam semulajadi dan tasik yang wujud di kawasan sekitarnya akan terus dikekalkan.

“Kita merancang membina sebanyak 1,008 unit rumah mampu milik dan pelbagai prasarana kelak,” katanya lagi.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Sri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata pembangunan yang meliputi jalan antara Lumut ke Ipoh itu merupakan salah satu projek terancang yang akan dilaksanakan kerajaan negeri.

“Pembangunan ini akan menambah lagi mercu tanda yang terdapat di Perak dan ia merupakan pembangunan yang seimbang kerana mengambil kira aspek persekitaran memandangkan alam semulajadi tidak dimusnahkan,” jelasnya.

Katanya lagi, bekas kawasan lombong dan 13 tasik yang wujud di sekitar lokasi projek akan dikekalkan untuk menjaga kualiti alam semulajadi.

“Pembangunan ini bakal mewujudkan prasarana yang meliputi kawasan perumahan komersial, pendidikan, pusat rekreasi serta komponen lain yang bersesuaian,” tambahnya lagi.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar sejurus mempengerusikan mesyuarat exco di Ipoh, hari ini.

“Kerajaan negeri harap projek Kinta Lake District Deveploment ini dapat dibangunkan dengan tersusun dan menggunakan rangka pelaksanaan yang baik,” tambahnya lagi.

Katanya, pembangunan tersebut adalah khusus untuk rakyat Perak bagi memiliki rumah mampu milik yang turut dilengkapi dengan kualiti persekitaran yang terbaik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");