Berita Hari Ini

Rakyat Malaysia gemar hartanah di Melbourne

spec

SPEC Property, pemaju hartanah berpusat di Melbourne, iaitu lokasi tumpuan diaspora terbesar rakyat Malaysia di Australia, melebarkan sayapnya ke Malaysia dengan membuka pejabat di negara ini.

Pengurus Perniagaan Antarabangsa SPEC Property Robert Evans dalam satu kenyataan berkata, syarikat itu yakin sekarang adalah masa sesuai untuk membuka pejabat di Asean bagi memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan di Malaysia dan di rantau ini.

Menurutnya, rakyat Malaysia sangat tertarik dengan Melbourne kerana persekitaran dan kepelbagaian kaum dalam kalangan penduduk.

“Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Melbourne dinobatkan antara bandar paling sesuai didiami di dunia oleh Unit Kajian Ekonomi berpusat di London, dan dalam Indeks Bandar Paling Sesuai Didiami Monocle 2013.

“Kami lebih gemar berurusan dengan pembeli secara terus berbanding diwakili oleh ejen,” katanya mengulas pembukaan pejabatnya di di The Curve, Mutiara Damansara.

Menurut Evans, SPEC Property bermatlamat untuk memenuhi permintaan rakyat Malaysia yang semakin meningkat terhadap hartanah di Australia selari dengan peningkatan rakyat Malaysia di sana yang mencari peluang pelaburan bagi kediaman berkualiti di Melbourne, yang terkenal dalam bidang pendidikan dan gaya hidupnya dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pejabat SPEC Property di Damansara itu terdiri daripada galeri jualan dan juga pejabat serantau yang menyediakan khidmat pengurusan hartanah bagi pelabur di mana pemilik kediaman sedia ada dan akan datang boleh menguruskan pembelian mereka dari jauh.

Pengurus operasi SPEC Property di Malaysia Brandon Ho berkata, buat pertama kali pembeli boleh membuat bayaran, menandatangani dokumen rasmi, menyelesaikan cukai, bayaran, yuran dan utiliti, memajak hartanah dan mengumpul lebihan sewa di pejabat itu.

Sejak 2000, jumlah pelaburan rakyat Malaysia di Melbourne meningkat kira-kira 500 peratus.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");