Perak Hari Ini

Rombakan Jawatan, Pertukaran Pegawai Kanan Tiada Motif Politik: DS Zambry

zambry daa

Rombakan jawatan dan pertukaran perkhidmatan bagi pegawai-pegawai kanan yang akan dilaksanakan kerajaan Perak dalam tempoh masa terdekat ini tiada kaitan dengan unsur politik, demikian tegas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Sebaliknya, pertukaran pengawai kanan terpilih seperti Pegawai Daerah katanya, merupakan sebahagian proses yang dilaksanakan kerajaan negeri untuk melicinkan proses pentadbiran.

“Pertukaran pegawai-pegawai yang terpilih ini bertujuan melicinkan proses pentadbiran supaya ia berjalan dengan baik,” katanya.

Jelas beliau lagi, pertukaran tesebut tidak langsung memperlihatkan gambaran buruk mengenai prestasi mereka sebaliknya sebagai proses menimba pengalaman di kawasan dan bidang berbeza.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Ipoh, hari ini.

Tambah Zambry lagi, kerajaan negeri telah membuat penilaian menyeluruh berkenaan keputusan itu bagi membentuk pentadbiran yang lebih efisien.

“Mobiliti atau pertukaran pegawai ini adalah satu amalan dan tiada langsung merujuk kepada motif politik,” jelasnya lagi.

Ujarnya lagi, budaya baru tersebut akan memberi lebih kelebihan kepada mereka kelak apabila berpindah ke kawasan lain untuk berkhidmat.

“Jika mereka menetap di satu kawasan sahaja untuk selama beberapa tahun dan ditampuk yang sama, berkemungkinan senario tersebut tidak akan memberi pulangan kepada kerajaan negeri dan juga kerjaya mereka,” tambahnya lagi.

Tegasnya, kerajaan negeri tidak mahu mewujudkan sebarang kontroversi sebaliknya ia sekadar merujuk kepada keperluan semasa.

Beliau turut mengumumkan bahawa lima pegawai kanan bakal dipindahkan ke kawasan lain dan keputusan itu bakal diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Puhat Mat Nayan.

“Budaya yang mengganggap pertukaran itu sebagai satu hukuman perlulah diubah, kerana ia tidak baik kepada sistem pengurusan dan pentadbiran negeri,” katanya lagi.

Proses itu jelasnya, akan dilaksanakan secara berperingkat dari semasa ke semasa dan secara tersusun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");