Berita Hari Ini

Rondaan JPAM Bantu Pengguna Jalan Raya

JPAM

Kuala Lumpur: Bersempena Ops Bantu kelapan, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Wilayah Persekutuan (WP) menjalankan rondaan berkala bagi membantu pengguna jalan raya yang mengalami situasi kecemasan atau kesukaran di lokasi ‘panas’ terpilih pada musim perayaan Tahun Baru Cina kali ini.

Operasi itu membabitkan kawasan Dang Wangi, Cheras, Putrajaya dan Labuan.

Rondaan dilaksanakan di jalan Persekutuan dan jalan negeri itu membabitkan dua fasa bermula 27 Januari lalu hingga 3 Februari depan kecuali cuti umum hari ini dan esok.

Pengarah JPAM Wilayah Persekutuan, Leftenan Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata, pelbagai tindakan diambil pihaknya sepanjang menjalankan operasi khas berkenaan yang turut berupaya membantu mengurangkan masa tindak balas ke lokasi kejadian.
“Tindakan itu antaranya menangani kes kemalangan maut dan ringan, memberi rawatan awal terhadap kes kecemasan, mengurangkan kesesakan lalu lintas dan membantu kenderaan yang mengalami kerosakan kecil.
“Selain itu, ia merangkumi membantu pengguna kenderaan yang kehabisan bahan api dan menukar tayar kereta atau motosikal termasuk mengalihkan halangan yang menghalang laluan jalan raya,” katanya selepas majlis pelepasan konvoi rondaan pasukan itu di sekitar Gombak, petang semalam.

Menurutnya, Ops Bantu itu membabitkan 43 pegawai dan anggota merangkumi pasukan kenderaan dan motosikal pada syif pagi, petang dan malam.

“Antara laluan dikenal pasti ialah Jalan Kuching-Rawang, Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2)-Plaza Tol Gombak, Putrajaya-Sungai Besi dan sekitar Labuan,” katanya.

Zainal berkata, sepanjang tempoh tiga hari sehingga kelmarin, pihaknya sudah membantu 40 pengguna jalan raya yang mengalami kerosakan pada kenderaan mereka selain kemalangan.

 

 

-HARIAN METRO-

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RondaanJPAMbantupenggunajalanraya/Article/index_html

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");