Jenayah

Rumah jadi sarang sampah

SAMPAH

Timbunan sampah di dalam rumah lelaki itu:-

BESUT – Sebanyak dua jentolak digunakan untuk membersihkan timbunan sampah dan barangan terbuang di pekarangan rumah seorang penduduk berhampiran bandar Jertih, di sini, semalam.

Operasi membersihkan kawasan rumah lelaki berusia 56 itu dilakukan bermula jam 9 pagi menggunakan jentera terbabit termasuk satu milik Majlis Daerah Besut (MDB).

Bagaimanapun kerja pembersihan timbul sedikit kekecohan apabila lelaki berkenaan enggan berganjak daripada ‘barangannya’.

Sepasukan anggota polis yang berkawal di kawasan operasi itu terpaksa memujuk dan menarik lelaki tersebut beredar daripada timbunan sampah berhampiran rumahnya bagi memberi laluan kepada kerja pembersihan.

Pengerusi JKKK Bandar Jertih, Mohd Sani Mohd Jahal berkata, tindakan membersihkan persekitaran rumah lelaki itu dilakukan setelah mendapat aduan daripada penduduk kampung termasuk pemilik tanah tersebut.

Menurutnya, tindakan lelaki itu mengumpul sampah di sekeliling dan dalam rumahnya menimbulkan rasa kurang senang penduduk lain.

“Penduduk bimbang keadaan sampah sarap yang banyak itu boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes, tambahan beberapa hari lalu seorang penduduk dirawat di hospital kerana disyaki demam denggi,” katanya.

Tidak endah amaran

Mohd Sani berkata, lelaki berkenaan tinggal di rumah dua tingkat itu bersama isteri dan tiga anaknya, manakala seorang lagi anak sedang melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Kuala Lumpur.

Menurutnya, lelaki itu mengumpul pelbagai jenis barang terbuang di rumahnya yang dikutip sekitar bandar Jertih sejak lima tahun lalu, namun hanya sebahagian kecil dijual kepada pembeli barang lusuh.

“Pihak JKKKK, MDB dan polis sudah banyak kali nasihatkan lelaki ini supaya bersihkan barangan tersebut, namun tidak ada perubahan.

“Pihak MDB juga telah mengeluarkan beberapa kali notis sejak tahun lalu termasuk yang terakhir Rabu lalu, namun dia tetap berdegil menyebabkan pihak berkuasa bertindak,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");