Jenayah

‘Saya tak sakit, tapi kesal sikap biadab’

tugas polis

Kuala Lumpur: “Saya tidak sakit dibaling objek keras sebaliknya sedih dengan tindakan peserta perhimpunan haram yang menjadikan polis sasaran melepaskan geram,” demikian luahan anggota polis yang tercedera ketika mengawasi keselamatan sambutan Ambang Tahun Baharu 2014, malam kelmarin.

Koperal Faizul Ali, 44, yang bertugas di Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah, di sini, itu berkata, beliau terkilan dengan sikap segelintir anak muda yang menyertai perhimpunan itu bertindak di luar batasan hingga sanggup mencederakannya yang bukan saja anggota polis malah lebih tua daripada mereka.

“Tiada gunanya mereka belajar di mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) jika budaya hormat-menghormati tidak lagi wujud dalam jiwa mereka, sehinggakan apa yang dibawa hanyalah budaya penentangan.

“Seharusnya mereka tahu, kami sebagai seorang anggota polis hanya menjalankan tugas melaksanakan peraturan dan undang-undang demi kesejahteraan mereka dan orang lain, bukannya menjadi musuh mereka,” katanya ketika dihubungi BH semalam.

Pada malam itu, Faizul yang sudah 25tahun bertugas sebagai anggota PGA, ditugaskan menyelia sepasukan enam anggota PGA yang berkawal di tiga khemah pos kawalan sekitar Bukit Bintang bagi mengawal keselamatan orang ramai.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");