Sukan Hari Ini

Schumacher Stabil, Tetapi Masih Kritikal

schu1

JUARA dunia Formula Satu (F1) tujuh kali, Michael Schumacher masih stabil tetapi keadaannya kritikal selepas menjalani pembedahan kedua pada Selasa lalu.

Pengurusnya, Sabine Kehm berkata, tiada sebarang perubahan sejak hari pembedahan.

“Keadaan Schumacher sering dipantau sepanjang malam dan beliau masih stabil sehingga hari ini.

“Buat masa ini, ia berita baik. Dia stabil tetapi keadaannya masih kritikal,” kata Kehm.

Schumacher yang genap 45 tahun pada Jumaat lalu, mengalami kecederaan parah di kepala selepas terjatuh dan terhentak batu ketika bermain ski di sebuah pusat peranginan terkemuka di pergunungan Alps, Perancis, Ahad lalu.

Legenda F1 itu sudah menjalani dua pembedahan sejak kemalangan tersebut dan pembedahan kedua, iaitu untuk mengeluarkan darah beku di kepalanya yang dilakukan pada Selasa, berjalan dengan selamat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");