Perak Hari Ini

Sektor Perhotelan Berkembang Pesat Di Ipoh

mh hotelMenteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata pembinaan MH Hotel di bandar raya Ipoh merupakan salah satu mercu tanda pembangunan yang boleh dibanggakan di negeri tersebut.

Katanya lagi, selain mampu menjana ekonomi negeri, hotel itu juga bakal menjadi bakal tumpuan ramai pelancong di masa hadapan.

“Kewujudan MH Hotel ini boleh menjadi penanda arah atau mercu tanda apabila orang ramai berkunjung ke Ipoh berdasarkan ketinggiannya yang tersendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan satu lagi hotel milik Man Hoe Group, MH Hotel Group di Ipoh, malam tadi.

Turut hadir, barisan exco negeri Perak antaranya Datuk Saarani Mohamad, Datuk Shamsudin Abu Hassan dan mantan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim.

Tambah beliau lagi, pembangunan pesat sektor perhotelan di bandar raya itu turut melambangkan komitmen dan kerjasama pelbagai pihak dalam membantu kerajaan merancakkan pertumbuhan ekonomi Perak.

“Kerajaan negeri akan terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi untuk pembangunan Perak,” katanya lagi.

Selain itu, perancangan untuk membangunkan Ipoh sebagai sebuah bandaraya yang unik untuk didiami akan diteruskan, tambah Zambry lagi.

MH Hotel yang dibina dengan berkonsepkan SOHO merupakan antara empat hotel milik Man Hoe Group yang beroperasi di Perak dan Kuala Lumpur manakala lokasi hotel terbaru, iaitu di Kampar bakal beroperasi menjelang 2015 nanti.

Pada majlis itu juga, Zambry mengumumkan jawatan Datuk Bandar Ipoh yang baru akan diisi oleh bekas Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama, Datuk Harun Rawi.

Harun bakal menggantikan Roshidi yang bersara pada 31 Disember lalu.

“Pengumuman secara rasmi akan dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan Datuk Bandar Ipoh yang baru akan menjalankan tugasnya pada bila-bila masa sahaja,” katanya lagi.

Dalam perkembangan sama, beliau turut merakamkam ucapan terima kasih dan penghargaan terhadap Roshidi di atas sumbangan dan jasanya selama berkhidmat sebagai Datuk Bandar Ipoh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");