Jenayah

STING Buru Tokan Dadah

jenayah

Kuala Lumpur: Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) semakin serius dalam membanteras aktiviti sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah berlaku di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha ini diperkuatkan apabila PDRM menubuhkan skuad elit Special Tactical Intelligence Narcotics Group (STING).

“Kita lebih serius daripada tindakan terdahulu apabila STING ditubuhkan iaitu kita bukan saja menangkap ikan bilis, tetapi menumpukan pada kumpulan ikan jerung yang terbabit dalam penyeludupan dan pengedaran dadah,” katanya pada Majlis Pelancaran STING di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha kementerian Datuk Mohamad Khalid Shariff, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim.
Beliau berkata, PDRM berdepan banyak cabaran apabila aktiviti jenayah berkenaan turut membabitkan sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah antarabangsa.

 

 

 

– HARIAN METRO-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");