Perak Hari Ini

Taiping Jadi Tuan Rumah Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan

taiping

Bandar Taiping akan menjadi tuan rumah bagi sambutan Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan yang dijadual berlangsung pada 8 Februari depan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata sambutan yang bermula jam 8 malam itu akan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Untuk peringkat negeri pula, sambutan akan diadakan di Chenderiang, malam esok bermula jam 8 malam yang bakal dirasmikan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

“Kita jangka antara lima hingga 10,000 pengunjung akan memeriahkan sambutan ini yang berlangsung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang yang diwakili Datuk Dr Mah Hang Soon,” katanya kepada pemberita selepas mengunjungi bekas Ahli Parlimen Lumut, Datuk Seri Kong Cho Ha di Kampung Bintang, dekat Sitiawan, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry berkata, kunjungan ke rumah pemimpin MCA itu sebagai tanda persahabatan yang terjalin selama ini.

“Saya mengharapkan agar tahun kuda dapat memberi kesejahteraan serta keamanan kepada negara khususnya untuk rakyat Perak.

“Dalam Barisan Nasional (BN), kita sentiasa menjaga persahabatan yang terjalin tidak mengira susah atau senang,” katanya lagi.

Zambry turut berkata, kedamaian dan keamanan perlu terus dikekalkan agar rakyat yang berbilang bangsa dan kaum ini mampu hidup dalam keadaan yang harmoni.

“Segala cabaran serta rintangan yang berlaku perlulah diatasi dengan kesabaran dan melalui sambutan seperti ini, ia dapat membantu kita mengekalkan keharmonian tersebut,” jelasnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");