Berita Hari Ini

Tak guna gaji tinggi kalau semua mahal

duit

SHAH ALAM – Tiada gunanya mempunyai jumlah pendapatan tinggi, tetapi tidak mampu untuk berbelanja berikutan peningkatan kos sara hidup di negara ini.

Pensyarah di Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata, kuasa beli pengguna akan terjejas disebabkan terpaksa berjimat untuk perbelanjaan keperluan asas.

“Kalau katakan pendapatan kita RM20,000, hanya barang keperluan saja yang mampu dibeli sebab pada ketika itu, semua barang dan perkhidmatan sudah mahal. Mungkin sedikit saja barang yang boleh dibeli nanti,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kos sara hidup yang semakin tinggi.

Menurutnya, kesan kenaikan itu juga akan menyebabkan golongan miskin bandar semakin meningkat kerana jurang pendapatan begitu ketara berbanding masyarakat di luar bandar.

“Katakan, pendapatan RM5,000 sebulan. Mereka di kawasan bandar akan lebih terbeban dengan kos sara hidup lebih tinggi, berbanding dengan mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

“Ini kerana, rumah sewa dan barang keperluan di bandar lebih tinggi. Kalau di luar bandar, sewa rumah dan harga makanan mungkin jauh lebih murah. Rakyat semakin resah sebab mereka terpaksa kerja bukan untuk kesenangan, sebaliknya untuk ‘survive’ semata-mata,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai 11 langkah penjimatan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin lalu, Abu Sofian mendakwa, ia masih lagi tidak cukup bagi menampung jumlah defisit negara.

“Berdasarkan Laporan Ekonomi 2013/2014 Kementerian Kewangan, sehingga Jun lalu, jumlah hutang kerajaan persekutuan adalah sebanyak RM519.3 bilion atau 53 peratus daripada Keluaran Dalam Negari Kasar (KDNK).

“Pada saya, ia hanya retorik semata-mata untuk menyedapkan hati rakyat yang tertekan dengan kenaikan harga barang,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");