Jenayah

Telinga remaja nyaris koyak

telinga nyaris koyak

ROMPIN – Kegembiraan sekumpulan belia Kampung Serinkin bermain futsal di gelanggang baru di Jalan Pantai Tujuh bertukar duka apabila telinga salah seorang daripada mereka nyaris koyak akibat terkena pagar.

Mohd Hasif Mohd Hazman, 12, berkata, tidak sangka kejadian itu boleh berlaku pada hari pertama gelanggang futsal itu digunakan.

“Pada petang itu saya bermain bersama dengan belia kampung ini dan kebetulan memang ramai yang turun kerana hari itu ibarat hari kami merasmikan penggunaan gelanggang futsal yang baharu siap.

“Ketika saya sedang bermain, saya  dapat merasakan lantai gelanggangfutsal itu  agak licin. Jadi ketika itu saya berlari dan terlajak terus tersadai di pagar, besi jaring pagar itu terkena di telinga lalu menyebabkan luka,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Belia Komuniti Sejagat Kampung Serinkin, Mohd Zuheme Mohd Zuki, 29, berkata, kejadian seperti ini tidak sepatutnya terjadi kerana pembinaan gelanggang futsal sudah tentu mempunyai ciri-ciri keselamatannya yang tersendiri.

“Saya agak kecewa dengan apa yang menimpa seorang remaja ketika bermain bersama kami ketika itu yang cedera di telinganya,” katanya.

Menurutnya, berharap pihak berkenaan perlu mengambil tindakan susulan atas kejadian ini agar ia tidak berulang lagi.

“Saya harap akan ada tindakan susulan untuk meningkatkan tahap keselamatan gelanggang futsal ini bagi mengelak sesiapa mengalami kecederaan ketika bermain.

“Saya cadangkan mungkin boleh ditingkatkan aspek keselamatan dengan meninggikan pagar dan membaiki bahagian lain,” katanya.

Hasif (kanan) menunjukkan bahagian pagar jaring yang nyaris menyebabkan telinga kanannya koyak.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");