Sukan Hari Ini

Tengku Abdullah kecewa rasuah bola sepak

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah melahirkan rasa kecewa ekoran isu rasuah masih membelenggu sukan bola sepak negara.

Tengku Abdullah bagaimanapun berkata beliau tidak mahu membuat sebarang spekulasi terhadap tujuh pemain Kuala Lumpur yang didakwa terbabit dengan gejala rasuah dan mengatur perlawanan dalam saingan Liga Malaysia musim lepas.

“Saya baru sampai ke Kuala Lumpur dan masih belum dapat laporan penuh semalam…sudah tentu mereka (Jawatankuasa Tatatertib FAM) mempunyai bukti dalam siasatan ini.

“Isu rasuah memberi kesan buruk dalam sukan bola sepak negara. Saya berasa hampa kerana masih berlaku dan berharap tidak berlaku dalam sukan hoki,” katanya selepas majlis minum petang bersama skuad hoki remaja kebangsaan di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), di sini hari ini.

Semalam, Jawatankuasa Tatatertib FAM menangguhkan keputusan perbicaraan terhadap tujuh pemain Kuala Lumpur yang didakwa terbabit rasuah dan mengatur perlawanan.

Tujuh pemain tersebut ialah S. Sivaraj, Amirul Asraf Mohd Noor, Azizon Kadir, Benedict Martin, J. Mughilan Kartik, Syazwan Rani dan Azwan Jatin.

Penangguhan itu berikutan jawatankuasa berkenaan perlu mengambil keterangan enam lagi pemain dan empat pegawai pasukan berkenaan bagi membantu siasatan. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");