Sukan Hari Ini

Tenis: Ferrer, Wawrinka Dan Berdych Mara Ke Pusingan Ketiga

ferrer

Ferrer meraikan kemenangan pusingan kedua ke atas Mannarino lewat Rabu malam:-

JAGUH tenis no.3 dunia, David Ferrer menempah tiket ke pusingan ketiga Terbuka Autralia selepas mencatat kemenangan 7-6(2) 5-7 6-0 6-3 ke atas pemain Perancis, Adrian Mannarino.

Ferrer dari Sepanyol membuktikan kepakaran bermain di garisan belakang ternyata memberi kelebihan untuk mendahului pada set pertama.

Namun Mannarino yang mencatat 73 kesalahan dalam empat set perlawanan bangkit pada set kedua dengan mencatat keputusan 5-7, sebelum tewas dua set seterusnya.

Cuaca panas dengan suhu 37 darjah celcius mengheret permainan ini lebih tiga jam sebelum menyaksikan Ferrer melakukan 24 pukulan rali.

“Dalam keadaan cuaca yang panas, ia memang menyukarkan permainan. Saya cuba bangkit apabila tewas pada set kedua dan itu adalah aksi buruk saya.

“Namun selepas itu saya gembira kerana memenangi kedua-dua set terakhir.

“Selepas ini saya lebih akan memberikan fokus pada lawan,” jelas Ferrer.

Ferrer bakal berdepan dengan seorang lagi pemain Perancis, Jeremy Chardy pada aksi ketiga, Jumaat.

Mengikut jejak langkah Ferrer ke pusingan ketiga adalah Tomas Berdych yang menang straigh set ke atas Kenny De Schepper, 6-4 6-1 6-3.

Richard Gasquest juga mara dengan kemenangan 7-6(3) 6-4 6-4 kepada Nikolay Davydenko.

Manakala Stanislas Wawrinka mengetepikan Alejandro Falla 6-3 6-3 6-7(4) 6-4.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");