Perak Hari Ini

Tindakan Tukar Sekolah Tidak Memadai: Wira Perkasa Perak

PERAKTODAY5

Wira Perkasa Negeri Perak hari ini menggesa agar tindakan lebih tegas diambil terhadap seorang guru sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng, dekat Sungkai yang menghukum dua muridnya secara keterlaluan, Khamis lalu.

Menurut Ketua Wira Perkasa Negeri Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh, tindakan menukarkan guru terbabit ke sekolah lain adalah tidak wajar dan seharusnya tindakan lebih tegas perlu diambil terhadapnya.

“Saya rasa tindakan menukarkan guru terbabit kes sekolah lain adalah tidak setimpal sebaliknya tindakan tegas perlu diambil supaya ia memberi pengajaran kepada semua,” jelasnya.

Tambah Mohd Hafez lagi, tindakan guru terbabit yang memakaikan loceng dan memaksa dua murid tersebut memakan rumput adalah satu perbuatan yang cukup melampau.

“Perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu menimbulkan kemarahan semua pihak dan suasana yang tidak aman kepada masyarakat sekeliling,” tambahnya lagi.

Ujarnya, Perkasa Daerah Kerian juga bakal membuat satu laporan polis berkenaan isu terbabit.

“Perkasa Kelantan juga bakal membuat laporan polis agar tindakan yang lebih tegas dikenakan terhadap guru terbabit,” tambahnya.

Terdahulu, Mohd Hafez membuat laporan polis dibuat di IPD Ipoh sekitar jam 3 petang.

“Tujuan saya membuat laporan ini adalah sebagai tekanan agar tindakan tegas terhadap guru terbabit boleh diambil,” tegasnya.

Katanya lagi, tindakan tegas daripada pihak berwajib mampu mengatasi masalah tersebut supaya tidak akan berulang lagi kelak.

Khamis lalu, seorang guru berusia 26 tahun yang mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris bertindak menggantung loceng dan memaksa dua murid Tahun Empat iaitu Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith memakan rumput sebagai hukuman kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

Ekoran kejadian itu, guru tersebut telah diarahkan bertukar ke sebuah SJKC di Temoh, dekat Tapah selain diberikan amaran tegas oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");