Membawang Hari Ini

Tolak kelab peminat

izara

Izara Aishah beri layanan adil kepada semua penyokong, pernah berdepan pihak ambil kesempatan

Bagai menjadi aliran dalam kalangan artis generasi baru untuk menubuhkan kelab peminat. Namun, jika isu itu dibangkitkan kepada Izara Aishah, aktres ini mempunyai pandangan berbeza.

Ada sebab mengapa pelakon Vanila Coklat ini tidak memerlukan kelab peminat. Malah, tidak seperti selebriti lain, Izara tidak mengharapkan peminat menubuhkan kelab sebagai tanda sokongan.

Usah salah faham, Izara bukanlah sombong atau tidak memerlukan peminat. Sebaliknya, Izara mahu bersikap adil kepada semua pihak.

“Selalunya, apabila ada kelab peminat, aktiviti bersama artis akan didominasi pihak tertentu. Sudah banyak saya lihat insiden seperti itu berlaku.. Ini tidak adil buat orang lain.

Ada cara tersendiri

“Sehubungan itu, saya ada cara sendiri untuk bersama peminat. Apa yang selalu saya buat ialah menganjurkan kuiz di laman Facebook. Sebagai contoh, 50 peminat paling cepat menjawab dengan tepat atau menekan butang like paling pantas, berpeluang menonton filem bersama saya.
“Bagi saya, cara itu sangat efektif dan adil untuk semua pihak,” kata Izara pada majlis sidang media telefilem Oh My English! : Hello America di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tegas Izara, dia pernah melalui pengalaman buruk hingga enggan membenarkan pengikut menubuhkan kelab peminat.

“Pernah suatu ketika, ada pihak membentuk kelab peminat tanpa pengetahuan saya. Mereka kutip duit dan mengadakan majlis.

“Sebaik saja mendapat tahu mengenai perkara itu, saya berjumpa dengan mereka. Saya memberi amaran dan bertegas tidak mahu masuk campur dalam penubuhan kelab peminat atau perkara lain yang berbangkit,” kata pelakon berusia 21 tahun itu.

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");