Perak Hari Ini

UIP Lancar Ops Gempur Aedes Banteras Penularan Demam Denggi Di Perak

aedes

Jabatan Kesihatan Perak akan terus menjalankan pemeriksaan terhadap premis-premis kediaman di seluruh Perak terutamanya di lokasi panas bagi mencegah penularan demam denggi di negeri itu.

Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan (IPU), Samad Mohd Dom, berkata pasukan yang dianggotai kira-kira 100 anggota itu akan bergerak ke seluruh daerah untuk menjayakan misi Kementerian Kesihatan menangani kes demam denggi yang dilaporkan semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

“Unit ini akan bergerak ke lokasi yang mencatat kes demam denggi yang tinggi dan melakukan pemeriksaan di premis kediaman bagi mengenalpasti dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

“Ops Gempur Aedes ini disertai anggota penguatkuasa dari 10 daerah di Perak dan Kampung Seri Ampang dan Kampug Baru Ampang, dekat Ipoh menjadi lokasi pertama pemeriksaan UIP bagi tahun ini,” katanya kepada pemberita.

Samad menegaskan lagi, berdasarkan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, mana-mana pemilik premis yang didapati menyediakan tempat untuk pembiakan nyamuk Aedes boleh dikenakan kompaun sebanyak RM500.

Katanya, jika gagal membayar kompaun, pemilik boleh dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhi hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Memandangkan kes demam denggi semakin meningkat, usaha menjaga kebersihan di persekitaran rumah perlu ditingkatkan bagi memusnahkan habitat nyamuk Aedes,” katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Samad memberitahu, pihaknya menjalankan enam operasi Ops Gempur Aedes di seluruh Perak, tahun lalu.

Penduduk Kampung Baru Ampang, Lee Wee Chin, 54, menyambut baik usaha yang dilaksanakan UIP untuk membanteras penularan wabak denggi di kawasan tersebut.

Beliau katanya, sentiasa memastikan persekitaran kawasan rumah sentiasa bersih dan bebas daripada air bertakung yang menjadi habitat pembiakan nyamuk Aedes.

“Saya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan memasukkan ubat pemusnah jentik-jentik ke dalam bekas air bertakung bagi mengelak pembiakan nyamuk Aedes.

“Kita perlu berhati-hati kerana demam denggi amat merbahaya dan boleh mengundang maut,” tegas Chee Wai yang tinggal bersama rakannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");