Isu Panas

Umno Kuala Terangganu terap nilai Islam

umno kuat

KUALA TERENGGANU – Umno Bahagian Kuala Terengganu akan meneruskan penganjuran majlis tahlil dan solat hajat sebagai agenda tahunan sempena sambutan tahun baharu setiap kali menjelang tahun baru Masihi selepas ini.

Ketua Umno bahagian, Datuk Mohd Sabri Alwi berkata, berbanding sambutan berbentuk hiburan, kaedah islamik akan diberi peranan dan penekanan di bawah pimpinannya setelah dua bulan lebih menerajui kepimpinan bahagian itu.

Menurutnya, sambutan sedemikian pertama kali dianjurkan dan selain mendapat berkat, ia juga mampu merapatkan hubungan sesama ahli Umno khususnya di Kuala Terengganu.

Dari sudut politik katanya, pendekatan sederhana itu juga merupakan kaedah gerakan dari awal untuk memastikan Umno kembali mendapat sokongan rakyat di Parlimen tersebut pada PRU14 akan datang.

“Insya ALLAH ia menjadi program tahunan dan sebagaimana kita kata tadi, kita akan buat transformasi habis-habisan. Hari ini kita buat dengan berubahnya Umno bahagian, berubahnya cara kerja dan hari ini kita bermula dari awal, tidak bermula saat-saat akhir.

“Program ini kali pertama dan alhamdulillah, sebelum ini kita buat program menggunting rambut percuma kepada 300 – 400 kanak-kanak sekolah sebelum menjelang hari persekolahan,” katanya pada Majlis Solat Hajat dan Tahlil sempena tahun baru 2014 anjuran Umno Bahagian Kuala Terengganu di Dewan Abu Bakar Bin Daud, di Bangunan Umno Bahagian Kuala Terengganu, malam kelmarin.

Menurutnya, penerapan nilai Islam akan diberi perhatian memandangkan ramai pihak melihat Umno dan Islam mempunyai jurang tertentu sehingga ia dilihat terlalu jauh.

Mengambil kira pandangan itu, Mohd Sabri menganggap ia tidak seharusnya dilepaskan dan perlu dilakukan perubahan sebaik mungkin.

“Sebab itu pertamanya perubahan yang saya buat untuk Umno bahagian itu sendiri sudah ada iaitu meletakkan kalimah ALLAH dan Muhammad (di pintu masuk bangunan), tazkirah setiap Khamis pada jam 10 pagi hingga 11 pagi di bangunan Umno supaya kita jangan jadikan bangunan untuk kita bersuka ria sahaja dan insya ALLAH akan datang, kita buat program fardu ain kepada anak-anak orang susah dan program mengaji al-Quran,” katanya.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu, Dr Najmil Faiz Mohamed Aris yang turut menyokong usaha tersebut memberitahu ia mampu sambutan sedemikian mampu menarik pelbagai golongan, selain menepis persepsi segelintir pihak bahawa orang Umno jauh dengan majlis-majlis agama.

Jelasnya, pendekatan islamik yang boleh dikembangkan dengan pelbagai kaedah itu juga mampu membawa keseimbangan dalam kepimpinan sedia ada di peringkat bahagian.

“Di peringkat Pemuda Umno bahagian, penerapan islamik ini juga turut dibuat melalui pelantikan ahli agama iaitu kita melantik Imam Masjid Batu Burok, Ustaz Ahmad Irham Mohd sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) dan di peringkat Umno bahagian, Imam Masjid Sultan Ismail Chendering, Ustaz Ahmad Roslin Jaafar juga dilantik sebagai AJK,” katanya.

Selain itu katanya, sambutan tahun baharu secara bersederhana dan islamik itu juga mampu mengelak pembaziran kerana tidak memerlukan kos besar sebagaimana penggunaan bunga api, di samping mengharapkan penganjuran sama dilakukan di masjid-masjid kerana boleh melibatkan pelbagai pihak pada masa depan.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");