Sukan Hari Ini

Wenger Idam Tambah Penyerang Istimewa

diego

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger mengakui dalam keadaan berjaga-jaga memberi perhatian istimewa mencari penyerang tambahan menjelang jendela perpindahan bulan ini.

Bagaimanapun Wenger menegaskan kelab ini tidak akan menggantikan pemain utama barisan depan, Oliver Giroud.

Biarpun Wenger yakin skuadnya ini mempunyai kekuatan yang baik dalam perebutan gelaran musim ini, dia tetap mahu membawa seorang lagi pemain berkaliber dari Atletico Madrid, Diego Costa.

“Kami seperti kelab-kelab lain, sudah tentu kami berada dalam keadaan berjaga-jaga.

“Jika sesuatu yang istimewa muncul, kami tidak akan menolak, tetapi kami bukanlah terdesak kerana saya mempunyai pasukan yang mantap.

“Kami telah menyedari pemain bahagian tengah ketika menetang West Ham dan Newcastle sebelum ini adalah berbeza, kami membuat tiga pertukaran dan telah terbukti ia diuruskan dengan baik.

“Saya sangat yakin dengan skuad ini,” jelas Wenger.

Wenger juga berkata, dia tidak akan menukar Giroud dengan penyerang lain.

“Saya tidak pasti sama ada akan melakukan sesuatu atau tidak pada Januari ini, tetapi bukan mencari pengganti Giroud. Kami mempunyai keyakinan tinggi terhadapnya,” tambah Wenger.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");