Membawang Hari Ini

Yuna nyanyi lagu tema TMM 2014

yuna 2

Kuala Lumpur: Penyanyi Yunalis Zarai, 27 atau Yuna diberi penghormatan menyanyikan lagu tema Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014) berjudul Malaysia Truly Asia – The Essence of Asia.

Klip video lagu itu yang dimuat naik ke Youtube sejak 31 Disember lalu sudah merekodkan lebih 14,500 tontonan.

Lagu yang digubah semula dan diberi nafas baru itu, antara lain menceritakan mengenai keunikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan popular.

Klip video dengan tempoh tujuh minit 14 saat itu memaparkan keindahan Hutan Hujan Khatulistiwa serta keunikan flora dan fauna.

Elemen rakyat berbilang kaum dan kepelbagaian adat resam di Malaysia juga dipaparkan.

Selain muzik moden, alat muzik tradisional daripada pelbagai kaum turut mengiringi rentak dan kelunakan vokal Yuna.

Yuna turut berkongsi keseronokan memperdengarkan lagu tema TMM 2014 dalam laman Facebooknya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");