Sukan Hari Ini

£100 juta Untuk United Beli Pemain

moyesMoyes perlu berfikir untuk memantapkan pasukan dengan perbelanjaan sebanyak £ 100 juta yang diberikan pemilik kelab:-

PEMILIK Manchester United iaitu keluarga Glazer menyediakan sebanyak £100 juta untuk membawa pasukan itu kembali dalam kelompok teratas Liga Perdana Inggeris.

Dengan perbelanjaan itu, Pengurus United, David Moyes dijangka akan membawa masuk empat pemain baru untuk mengukuhkan pasukannya.

Naib pengerusi eksekutif kelab, Ed Woodward berkata, perbelanjaan besar itu dikeluarkan apabila United kini berada dalam keadaan mengecewakan.

“Ia adil untuk mengatakan kami memberi tumpuan kepada pengukuhan skuad.

“Tetapi kita tidak semestinya melakukan pertukaran besar-besaran kerana ia akan memberi implikasi kepada skuad untuk meneruskan saingan liga,” katanya.

Jelasnya, sejarah menunjukan kelab akan menjual dan membeli pemain setiap tahun dan oleh itu kita akan meneruskanya seperti biasa termasuk mengilap bakat muda.

Woodward turut mengumumkan rekod pendapatan suku kedua kelab iaitu bagi pendapatan komersial meningkat sebanayk 18.8 peratus manakala pendapatan penyiaran naik 18.7 peratus walaupun United bakal terlepas untuk bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah untuk tahun depan.

United tidak dapat bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah sekiranya gagal menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di kedudukan empat teratas.

– AGENSI

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");