Perak Hari Ini

21 Pengamal Media Perak Bakal Tawan Gunung Kosciuszko

mountSeramai 21 orang pengamal media Perak yang mewakili Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak bakal menakluki puncak Gunung Kosciuszko pada 1 hingga 8 Mac ini.

Ekspedisi kali ini bakal diketuai oleh Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof manakala Fazli Ahmad bertindak sebagai penolong ketua ekspedisi.

Sebentar tadi, berlangsung majlis penyerahan Jalur Gemilang dan bendera Perak oleh Pengerusi Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya kepada ketua ekspedisi Gunung Kusciuszko.

Jelas Shahrul Zaman, ia merupakan salah satu bentuk ekspedisi yang cukup bermakna, mencabar dan cukup berbeza yang diilhamkan oleh pengamal media Perak.

“Dengan acara sebegini, pengamal media berpeluang untuk mempromosikan keunikan Malaysia kepada pelancong di sana kelak,” katanya.

Ujarnya lagi, keselamatan dan semangat berpasukan perlu diamalkan oleh semua pendaki ekspedisi supaya semuanya berjalan lancar dan mencapai misi yang ditetapkan,” jelasnya lagi.

Turut sama hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah dan Pengerusi Perhubungan MIC Perak, Datuk R Ganesan.

Sementara itu, menurut Akmar Hisham, kejayaan mengumpulkan hampir majotiri peserta yang terdiri pengamal media seharusnya dipuji.

“Ini merupakan inisiatif yang baik apabila peserta kali ini mewakili pengamal media dari berlainan bangsa,” katanya.

Beliau turut berharap agar semua peserta ekspedisi ini dapat melakukan yang terbaik, sekaligus mempromosikan negara dalam sektor pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Gunung Kosciuszko terletak di Snowy Moutains, Kosciuszko Park, New South Wales yang merupakan gunung tertinggi di Australia serta 2,228 meter dari paras laut.

Kelab Media Perak juga merupakan satu-satunya kelab media di negara ini yang aktif dalam kegiatan mendaki gunung dan telah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah dan Gunung Berapi Rinjani, di Lombok dekat Indonesia.

Antara penaja yang turut memberikan sumbangan kepada ekspedisi kali ini termasuklah Emkay Land Group, KPJ Ipoh Specialist dan penaja rasmi, Hotel Impiana Ipoh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");