Sukan Hari Ini

Aguero kena rehat sebulan

AUEGRO

Sergio Aguero Aguero berkemungkinan terlepas dua perlawanan EPL selepas mengalami kecederaan hamstring ketika menentang Stoke City, kelmarin:-

KEMENANGAN 5-1 Manchester City ke atas Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana Inggeris Khamis lalu menjadi kebimbangan berikutan kecederaan dialami penyerang berbisanya, Sergio Aguero yang mungkin terpaksa berehat lebih sebulan.

Pengendalinya, Manuel Pellegrini mendedahkan, Aguero mungkin tidak dapat beraksi lebih sebulan akibat kecederaan hamstring.

Difahamkan, kecederaan itu dialami ketika Aguero meledak gol untuk membantu City menewaskan Spurs.

“Doktor sudah memeriksa Aguero dan mungkin dia akan direhatkan sebulan. Memang satu kerugian buat kami kerana dia adalah pemain top dalam pasukan ini.

“Tapi saya yakin ada pemain yang mampu untuk menggantikannya,” katanya.

Ketiadaan Aguero dalam tempoh itu satu tamparan hebat buat City, dengan pemain 25 tahun itu sudah meledak 26 gol musim ini.

Dia bakal terlepas aksi Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea Selasa ini, perlawanan Piala FA dan kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Barcelona.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");