Jenayah

Ah long: Tak dapat anak, cari ayah

ah long

PUCHONG – Angkara sikap anak yang gemar meminjam wang daripada ah long, seorang bapa hidup dalam ketakutan apabila rumah dan restoran milik seorang lagi anak lelakinya di Puchong Jaya tiga kali disimbah cat sejak Disember tahun lalu.

Mangsa, Leng Wah Ing, 63, berkata, anak lelakinya berusia 28 tahun itu dipercayai meminjam wang daripada kumpulan ceti haram terbabit tiga bulan yang lalu.

Sehari selepas memperoleh wang itu, anaknya yang sebelum ini tinggal serumahnya dengannya menghilangkan diri dan gagal dikesan sehingga kini.

Dia hanya mengetahui anaknya berhutang dengan peminjam wang tidak berlesen terbabit apabila diminta melangsaikan hutang sebanyak RM13,000 didakwa dipinjam anaknya daripada lima ah long.

Sebelum ini, katanya, anaknya itu menjalankan perniagaan berniaga mi wantan di restoran milik seorang lagi anak lelakinya, Leng Hock Kwan di Puchong Jaya.

Wah Ing menambah, sebelum ini dia pernah ternampak anaknya membawa beberapa orang lelaki ke restoran tanpa mengesyaki mereka adalah ah long.

Ia berkemungkinan untuk meyakinkan ah long tersebut bahawa keluarganya mempunyai aset.

Menurutnya lagi, itu bukan pertama kali anaknya berhutang dengan ah long, empat kali sebelum ini dia sudah membantu menjelaskan hutang tersebut kerana tidak tahan diganggu ceti haram terbabit.

Bagaimanapun, kali ini dia enggan melangsaikan hutang terbabit setelah mendapat tahu wang dipinjam anaknya yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak itu digunakan untuk berjudi.

“Bukan kami sekeluarga tak mahu tolong bayar, lima kali dia pinjam, empat kali sudah tolong bayar. Saya minta ah long janganlah ganggu keluarga kami, carilah peminjamnya. Kenapa nak ganggu kami, kami cuma nak berniaga saja.

“Lagipun saya bimbang keselamatan anak dan cucu yang tinggal dalam rumah ni,” katanya.

Berikutan kejadian itu, anak lelakinya membuat laporan di Balai Polis Puchong, baru-baru ini.

Sementara itu, Adun Kinrara, Ng Sze Han yang menerima aduan daripada mangsa menasihati orang ramai supaya tidak membuat pinjaman daripada syarikat kewangan tidak berlesen.

Beliau turut menggesa pihak berkuasa mengenakan tindakan tegas bagi mengekang aktiviti kumpulan ah long tidak berlesen itu.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");