Berita Hari Ini

Akta baharu perlu kekang murtad

Ghazali talib

KUALA TERENGGANU – Kerajaan perlu menggariskan akta baharu dan melaksanakan penguatkuasaan berterusan bagi mengekang penyebaran fahaman murtad dan penghinaan terhadap Islam di Facebook.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Tugas-tugas Khas Terengganu, Ghazali Taib berkata, perkara ini perlu dibincangkan di parlimen bagi menggubal akta baharu untuk membendung berleluasanya penghinaan terhadap Islam selaras dengan situasi sekarang.

“Kita harap kepimpinan peringkat tertinggi negara dapat memikirkan satu kaedah bagi mengatasi perkara ini dari terus berleluasa dan imej Islam dapat dijaga.

“Sekiranya tiada sebarang akta atau tindakan tegas berhubung perkara ini, ia akan semakin parah dan individu menyebar fahaman memburuk-burukkan agama Islam akan anggap mereka boleh terlepas,” katanya selepas Majlis Penyerahan Kontrak
Perkhidmatan Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) dan Juruteknik Komputer (TSO) 2014, semalam.

Menurutnya, beliau kesal dengan penyalahgunaan teknologi maklumat oleh sesetengah pihak yang menyelitkan unsur negatif terhadap pemikiran masyarakat dengan niat mempengaruhi sekali gus mewujudkan pergaduhan antara kaum dan agama di negara ini.

“Saya sedih dengan situasi sekarang, hari ini orang boleh menghina Islam sesuka hati. Mereka seolah-olah mencabar kuasa ALLAH SWT.

“Sebab itu saya harap mereka yang menghina Islam melalui Facebook Murtads In Pantai Timur dan Murtads in Kelantan-MIK perlu dikaunseling,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");