Jenayah

Aliff AF tak dapat gaji

alif af

Kuala Lumpur: “Saya tak sangka pengorbanan untuk menangguhkan dulu impian menjadi anak seni dan bekerja secara tetap tidak berbaloi.

“Selama ini saya simpan rasa kecewa ini. Saya bukan saja tidak dibayar gaji, malah hidup tertekan kerana menyedari caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dibuat sejak lebih setahun lalu,” kata peserta Akademi Fantasi musim keenam, Aliff atau nama sebenarnya, Mohamad Aliff Mohd Razali, 28.

Keputusannya untuk menyertai sebuah kolej perubatan swasta sebagai eksekutif komunikasi korporat sejak Jun 2012 nyata tidak menyebelahinya apabila pengurusan IPTS itu tidak membayar gajinya dan beberapa pekerja lain sejak November tahun lalu.

Aliff berkata, dia sebelum itu, bersama beberapa rakan artis termasuk Razlan Kristal serta Khai AF1 menjadi duta kolej terbabit dan dibayar gaji bulanan RM5,000.

Bagaimanapun, kontrak mereka tamat tidak lama kemudian, tetapi dia terus menyertai institut pengajian itu sebagai eksekutif dengan tawaran gaji RM2,500 sebulan.

“Semuanya berjalan dengan baik sehinggalah awal tahun lalu apabila pengurusan mula membayar gaji lewat setiap bulan.

“Ia berlarutan sehingga November lalu apabila gaji terus tak masuk akaun bank. Apabila ditanya, pengurusan tidak memberi jawapan malah seolah-olah buat tak tahu saja,” katanya ketika ditemui Harian Metro semalam.

Aliff berkata, dia juga kecewa kerana sepanjang menjadi kakitangan disitu, majikannya juga gagal mematuhi kontrak kerja apabila tidak menyediakan perlindungan insurans, kemudahan perubatan dan elaun lain.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");