Membawang Hari Ini

American Idol bakal rugi tahun ini

american idol

Rancangan hiburan berkonsepkan realiti paling berjaya, American Idol, yang selama ini membuat keuntungan berbilion dolar, dijangka mengalami kerugian tahun ini.

Laporan eksklusif portal TMZ, yang menghubungi beberapa sumber mengatakan, American Idol akan menuju landasan merah buat kali pertama.

Produksi rancangan itu dikatakan membayar hampir RM50 juta kepada bintang yang juga juri program terbabit, Jennifer Lopez.

Hos program terbabit, Ryan Seacrest, dikatakan turut menerima bayaran hampir sama.

Lelaki berkenaan sudah bersama American Idol sejak musim pertama lagi.

Jumlah penonton menurun

Rancangan itu juga dilaporkan membelanjakan antara RM16 juta hingga RM23 juta untuk membina set baharu, selain perlu membayar dua lagi bekas penerbit eksekutif rancangan itu yang dipecat pada musim lalu.
Sebagai tambahan, TMZ diberitahu, rancangan ini juga membelanjakan sekurang-kurangnya RM16 juta untuk panggilan telefon daripada penonton.

Selain itu, kadar jumlah penonton American Idol juga menurun 26 peratus daripada musim lalu, sekali gus menyebabkan kerugian dari segi iklan.

Namun begitu, program yang mula menyaksikan peserta Top 13 beraksi pada minggu ini akan terus diadakan pada musim depan.

Sumber berkata, Fox sudah membatalkan rancangan X Factor, justeru mereka memerlukan program besar untuk mengisi waktu perdana.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");