Sukan Hari Ini

Anugerah Laureus: Nadal Dicalonkan Dalam Dua Kategori

rafaKUALA LUMPUR: Jaguh tenis no.1 dunia, Rafael Nadal dari Sepanyol disenarai pendek dalam dua kategori Anugerah Dunia Sukan Laureus ke-15.

Nadal dicalonkan dalam kategori Atlet Sukan Terbaik Laureus 2013 bersama Usain Bolt (Amerika Syarikat), pelumba lari jarak jauh Farah Mo (UK), Lebron James, (bola keranjang, AS), pemenang Ballon d’Or 2013 Cristiano Ronaldo serta juara dunia Formula 1, Sebastian Vettel dari Jerman.

Juara Terbuka Amerika Syarikat sebanyak 13 kali ini turut dicalonkan dalam kategori Kemunculan Semula Terbaik Laureus 2013 selepas berehat panjang selama tujuh bulan kerana kecederaan.

Pemain berusia 27 tahun ini terlepas Terbuka Australia tahun lalu, namun bangkit menjuarai Terbuka Perancis untuk kali kelapan, Terbuka Amerika Syarikat sekaligus menguasai tangga teratas kedudukan dunia.

Nadal pernah menjulang trofi terbaik ini pada tahun 2011.

Sementara itu, pemenang tahun lalu, Bolt bakal memberi saingan sengit dalam kategori ini.

Manusia terpantas dunia itu meraih tiga emas pada Kejohanan Dunia di Moscow tahun lalu.

Bolt merupakan Atlet Terbaik Laureus 2009,2010 dan 2013.

Dalam pada itu, dalam kategori wanita, pemenang anugerah utama ini pada tahun 2003 dan 2010, Serena Williams sekali lagi disenarai pendek selepas mempamerkan aksi luar biasa pada tahun 2013.

Dia menjuarai Terbuka Perancis, Terbuka Amerika Syarikat, menguasai kedudukan no.1 dunia pada Februari, serta memenangi lapan kejohanan termasuk Kejuaraan WTA.

Pemenang-pemenang akan diumumkan pada majlis Anugerah Dunia Sukan Laureus yang akan berlangsung pada 26 Mac ini di Istana Budaya.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");