Isu Panas

Anwar digesa terima projek BN

anwar ibrahimPETALING JAYA – Susulan kesediaan Selangor memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersabit isu air dengan kerajaan Pusat, kepimpinan PR turut digesa menerima projek di bawah kerajaan secara konsisten.

Ketua Pemuda Parti Gerakan, Tan Keng Liang hari ini berkata, perikatan pembangkang perlu mengetepikan perbezaan politik dalam memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat.

“Kami harap langkah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor di antara kerajaan di negeri PR dan Pusat adalah titik mula baru.

“Ini inisiatif baik kepada PR, mereka kena letak kepentingan politik di tepi untuk kepentingan rakyat.

“Anwar selaku Ketua Pembangkang perlu menerima dengan konsisten projek yang dilakukan kerajaan, jangan projek ini hanya’ one-off’, apa yang baik kepada rakyat jangan tangguhkan lagi,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum “Krisis Air Selangor” di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Memorandum diserahkan kepada wakil Ketua Umum PKR, Mohd Shukri Md Saad kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Bercakap kepada media, Keng Liang berkata, PR tidak boleh terus mempunyai persepsi buruk terhadap usaha yang dilakukan kerajaan BN.

“Persepsi ini tak harus berterusan, seperti isu untuk menyelesaikan krisis air perlu dijadikan iktibar kepada PR pada masa hadapan.

“Kalau projek kerajaan yang mahu dilakukan di negeri yang diperintah PR pada masa akan datang, mereka perlu terima tanpa ada kelewatan lagi,” katanya.

Untuk rekod, Anwar semalam ketika ditanya berhubung MoU itu berkata, beliau dan partinya tidak tahu menahu berhubung perkara itu.

Penasihat Ekonomi Selangor itu juga berkata, beliau tidak mengetahui perkembangan terkini berhubung perkara itu yang menyebabkan beliau enggan mengulas lanjut.

Proses rundingan membabitkan penstrukturan air Selangor antara kerajaan negeri dan Pusat berlarutan sejak 2008 lagi.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");