Sukan Hari Ini

Badi kelab Jerman hantui Real

badiKEMBALINYA Ronaldo dalam kesebelasan utama Real selepas digantung tiga perlawanan dianggap tepat pada masanya untuk berdepan Schalke 04 awal pagi esok:-

GELSENKIRCHEN – Tonggak Real Madrid, Gareth Bale berazam mahu membenam cabaran Schalke 04 dalam aksi pertama pusingan kedua kalah mati kempen Liga Juara-Juara di Veltins-Arena awal pagi esok.

Biarpun The Galacticos telah mencetak 20 gol di peringkat kumpulan sebelum ini, mereka tidak memiliki rekod yang baik setiap kali berdepan kelab dari Jerman.

Real pernah tewas 17 kali sepanjang 24 pertemuan bersama kelab Jerman sebelum ini termasuk ketika tewas 1-4 kepada Borussia Dortmund dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara musim lalu.

Namun, Bale enggan rekod itu dijadikan ukuran dan percaya mereka mampu menamatkan badi itu kali ini.

“Kempen Liga Juara-Juara satu kejohanan yang cukup besar apabila menghimpunkan kelab-kelab terbaik di Eropah.

“Sudah tentu ia sesuatu yang sukar terutamanya sebaik memasuki pusingan kalah mati.

“Namun, saya percaya kami benar-benar bersedia untuk memenangi mana-mana perlawanan.

“Jadi, kami akan hadir ke Jerman dan membawa pulang bekalan selesa,” kata Bale.

Dalam perlawanan itu, Real dijangka kembali diperkuatkan dengan kehadiran Cristiano Ronaldo yang sebelum ini digantung tiga perlawanan.

Namun, dua pemain pertahanan, Marcelo dan Fabio Coentrao dikatakan belum cergas sepenuhnya untuk diturunkan.

– AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");