Berita Hari Ini

Banteras aktiviti perniagaan guna nama tahfiz

tajul

ALOR SETAR – Aktiviti perniagaan yang sengaja mempergunakan nama tahfiz atau masjid dengan memperalatkan kanak-kanak perlu dibanteras segera untuk mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa.

Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, ia boleh berjaya jika masyarakat turut memberi kerjasama selain pemantauan berterusan pihak berkuasa.

“Jika kita lihat ada pelajar yang jual (surah) Yaasin, cakera padat (CD) atas nama tahfiz, surau atau masjid tertentu. Kita wajar tahan mereka untuk bagi nasihat kerana salah mempergunakan kanak-kanak untuk tujuan itu.  Masyarakat perlu sedar dan membantu membanterasnya.

“Tindakan itu bukan sahaja mendatangkan kerosakan pada institusi masyarakat tetapi generasi muda. Bayangkan budak-budak ini pergi sampai ke Johor untuk minta derma dengan menjual ayat al-Quran, Yaasin atau kismis sedangkan mereka sepatutnya belajar seperti rakan sebaya lain,” kepada Sinar Harian selepas merasmikan karnival kerjaya anjuran Umno Bahagian Kuala Kedah bersama Jabatan Tenaga Kerja Kedah di Sekolah Kebangsaan Titi Gajah, di sini, hari ini.

Diminta mengulas Pusat Tahfiz Amal (PTA) dekat Jalan Yan-Kuala Kedah diarah menghentikan operasinya oleh Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) berkuatkuasa serta-merta, Tajul berkata masyarakat tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada kerajaan semata-mata tetapi perlu mengambil tanggungjawab bersama menghalang perbuatan terbabit.

“Bukan sahaja dalam politik Islam diperalatkan tetapi kes seperti ini contohnya PTA, apabila sewaktu pendaftaran kononnya mahu menjadikan pelajar sebagai tahfiz tetapi tujuan sebenarnya mahu mereka mengutip derma.

“Bagi saya Raja Sakti (pemilik tahfiz) ialah seorang perompak kerana menggunakan kaedah mempergunakan kanak-kanak untuk tujuan tidak sepatutnya. Pelajar tidak tahu apa-apa,  tambahan pula ada yang datang dari keluarga susah,” katanya

Menurutnya, masyarakat perlu buka mata terhadap individu memperguna agama untuk tujuan peribadi.

Terdahulu, PTA itu menerima notis arahan penutupan pada 10 Februari lalu atas alasan menjalankan operasi sebagai sekolah Islam tanpa pendaftaran mengikut Seksyen 12 (1) Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Negeri Kedah tahun 1988.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");