Sukan Hari Ini

Bekas Pemain Perancis Sedia Kemudi Harimau Malaya

marcel

KUALA LUMPUR: Bekas pemain pertahanan Piala Dunia Perancis, Marcel Desailly menyuarakan kesediaan untuk membimbing skuad kebangsaan Malaysia.

Sehingga kini jawatan ketua jurulatih kebangsaan masih lagi belum terisi selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menyambung kontrak Datuk K. Rajagobal yang tamat Disember lalu.

Bagaimana pun tugas itu kini disandang oleh Ketua jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee sementara waktu.

“Saya telah memberitahu pihak bola sepak Malaysia mengenai kesediaan saya untuk posisi ini dan menyerahkan kepada pihak yang menguruskan bola sepak di sini,” jelasnya kepada media selepas majlis pencalonan Anugerah Dunia Sukan Laureus, Rabu.

Desailly berkata, dia telah mendapat status kejurulatihan.

“Saya harap dapat menambat hati bola sepak di Malaysia. Saya sudah memberi apa yang patut, dan kamu yang memutuskan.

“Saya juga gembira sekiranya dapat melibatkan diri dalam bola sepak Malaysia,” jelas bekas pemain Chelsea ini.

Jawatan utama bola sepak negara ini masih lagi belum terjawab selepas calon pilihan Philippe Troussier gagal mencapai kata sepakat dengan FAM bulan lalu.

Selain Troussier dan Desailly, dua lagi calon jurulatih antarabangsa yang menjadi tumpuan ialah pengurus Roma, Zdenek Zeman dan Bob Houghton.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");