Perak Hari Ini

Bekas Penyelaras Ahli Parlimen Ipoh Barat Tuntut Tunggakan Gaji

PERAKTODAY4

Bekas penyelaras Ahli Parlimen Ipoh Barat, R Kalimuthu hari ini tampil membuat satu laporan polis berhubung tunggakan 30 bulan gaji yang masih gagal dilunaskan M Kulasegaran.

Katanya, Naib Pengerusi DAP itu telah melantik beliau secara lisan sebagai penyelaras di kawasan Parlimen Ipoh Barat dari September 2010 hingga Mac 2013.

Jelasnya, beliau turut dijanjikan gaji sebanyak RM2,000 sebulan.

“Saya telah bekerja selama 30 bulan iaitu tuntutan gaji sebanyak RM60,000 dan lain-lain bil yang berjumlah RM4,353. Jumlah keseluruhan yang belum dibayar ialah sebanyak RM64,353,” katanya.

Kalimuthu berkata, beliau bakal membuat tuntutan di mahkamah jika tunggakan tersebut tidak diselesaikan dalam tempoh terdekat.

“Ahli Parlimen Ipoh Barat itu tidak bertanggungjawab terhadap pembantunya kerana tidak menjaga kebajikan saya selama ini,” katanya.

Sebelum ini, satu kenyataan media telah dikeluarkan pada 7 Disember lalu dan tempoh 14 hari diberi kepada Kulasegaran untuk menjelaskan tuntutan tersebut.

“Kulasegaran dalam satu kenyataan akhbar tempatan telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada pelantikan dibuat dan kerja yang saya lakukan itu adalah secara sukarela,” katanya.

Sementara itu, Kalimuthu berkata, tidak akan ada seorang individu atau pemimpin pun yang bekerja secara sukarelawan selama ini.

“Saya terpaksa menggunakan wang pencen berjumlah RM1,500 untuk menanggung kos perbelanjaan dalam tempoh 30 bulan lalu kerana gaji saya tidak dibayar seperti yang dijanjikan,” jelasnya lagi.

Beliau turut memohon bantuan khidmat guaman daripada mana-mana peguam yang sudi membantunya bagi menegakkan keadilan di mahkamah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");