Perak Hari Ini

‘Beyond’ Hargai Sumbangan Anak Jati Perak Dalam Bidang Seni

portMenteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, sebentar tadi melancarkan program Beyond ‘Developing Ordinary Producing Remarkable’ yang merupakan usahasama antara kerajaan negeri, Koloni Karyawan Aman Jaya (PORT) dan juga Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menerapkan elemen inovasi seni, lebih 300 peserta menyertai bengkel yang diatur pihak penganjur bermula dari 6 hingga 8 Februari lalu.

Dalam ucapan perasmiannya, Zambry berkata, setiap pencapaian mampu diterjemahkan melalui pembangunan yang dinikmati dan dikecapi hari ini.

“Konsep pembangunan itu pula perlulah mempunyai jiwa yang tersendiri supaya tidak dilihat kosong tanpa pengisian,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Nolee Ashilin Mohamed Radzi.

Jelas Zambry lagi, keunikan dan identiti sesuatu bangsa itu perlu dijadikan sebahagian daripada manifestasi pembangunan tersebut.

“Identiti dan keunikan itu akan tercetus dan ditonjolkan oleh setiap bangsa itu sendiri,” jelasnya lagi.

Beliau berkata, Perak perlu dikenali dengan keunikan seni yang tersendiri supaya kelak mampu digelarkan sebagai ‘negeri yang berseni’ apabila wujud penglibatan setiap etnik untuk merealisasikannya.

Sementara itu, penaung Beyond, Nolee Ashilin memberitahu program tersebut dapat mencorak budaya seni dalam jiwa khususnya untuk golongan muda.

“Beyond merupakan program kedua yang kita anjurkan dengan mengentengahkan tiga elemen seni iaitu seramik, fotografi dan fesyen,” katanya.

Ujar Nolee Ashilin lagi, buat julung-julung kalinya, Beyond telah memberi penghormatan kepada tiga nama besar dalam tiga cabang seni tersebut melalui anugerah ‘Anak Jati Perak’.

Penerima anugerah tersebut iaitu Datuk Radzuan Radzi (fesyen), Bustamam Mohktar (fotografi) dan Prof Madya Ham Rabeah Kamarun (seramik).

Kesemua penerima merupakan anak jati Perak dan pencapaian mereka dinilai berdasarkan sumbangan dalam bidang seni masing-masing, termasuklah kejayaan mengharumkan nama Malaysia dan negeri di persada dunia, katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");