Perak Hari Ini

BN Hargai Jasa Taib Mahmud Bangunkan Sarawak, Pimpin PBB

taibmahmud

Barisan Nasional (BN) merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di atas jasanya membangunkan negeri itu ke tahap yang membanggakan.

Pengerusinya, Datuk Seri Najib Razak, berkata Taib Mahmud sudah memaklumkan kepadanya keputusan untuk meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri dan spekulasi itu akhirnya terjawab apabila perkara itu diumumkan secara rasmi hari ini.

“Bagi pihak BN, saya ingin merakamkan penghargaan terhadap Ketua Menteri Sarawak yang berjaya memajukan negeri serta memimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

“Saya harap sesiapa jua yang bakal menjadi pengantinya kelak dapat menyatu-padukan parti, sekaligus memastikan kelangsungan dan pengaruh parti terbabit di Sarawak terus kekal utuh,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah Wisma UMNO Bukit Gantang dekat Taiping, hari ini.

Di Kuching, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sah meletak jawatan dan bakal mengumumkan penggantinya dalam tempoh dua hari lagi.

Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, berkata Abdul Taib mengumumkan pengundurannya dan menyerahkan pada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti serta kaukus khas menentukan siapa pengganti.

Bagaimanapun dalam mesyuarat hampir lima jam itu, MKT dan kaukus memutuskan memulangkan kuasa menamakan pengganti kepada Abdul Taib.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");