Sukan Hari Ini

Bukan campur tangan

TAJAAN T-TEAMAB. RASID (dua dari kanan) bergambar bersama barisan wakil penaja T-Team di Hotel Permai, Kuala Terengganu malam kelmarin:-

KETUA Pegawai Eksekutif T-Team, Ab. Rasid Jusoh menafikan bahawa pihak kedutaan Brazil di negara ini cuba campur tangan ekoran insiden panas yang tercetus di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor awal bulan lalu.

Beliau menjelaskan, kehadiran Duta Brazil di Malaysia, Maria Auxiliadora Figueirado ke Terengganu baru-baru ini bertujuan memantau perkembangan tiga warga negara itu yang kini berkhidmat bersama pasukan T-Team.

Tiga individu terbabit ialah dua tonggak import T-Team – Evaldo Rodrigues dan Fabio Flor de Azivedo serta jurulatih kecergasan, Stefano Impagliazzo.

“Beliau (Figueirado) cuma datang melawat, berbual dengan pemain dan pegawai pasukan serta melihat apa yang sebenarnya berlaku di sini melalui pemerhatian beliau sendiri.

“Saya percaya beliau berpuas hati dengan setiap penjelasan yang diberikan termasuk tahap keselamatan pemain-pemain di Terengganu.

“Justeru, tak ada istilah campur tangan. Beliau cuma datang dan tengok sendiri keadaan rakyatnya di sini. Itu saja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis T-Team bersama media di Hotel Permai, Kuala Terengganu malam kelmarin.

Sempena majlis itu, turut diadakan ialah acara memperagakan jersi pasukan selain memperkenalkan penaja-penaja T-Team musim ini.

Isnin lalu, media tempatan melaporkan, Ab. Rasid dan ketua jurulatih T-Team, Mohd. Azraai Khor Abdullah telah mengadakan pertemuan dengan Figueirado.

Difahamkan, pertemuan itu diadakan selepas Figueirado menerima aduan daripada Rodrigues, Fabio Flor dan Impagliazzo berhubung insiden di Larkin.

Pada insiden tersebut, Rodrigues dan Impagliazzo mendakwa mereka dikasari ketika menuju ke bilik persalinan stadium berkenaan.

– KOSMO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");