Jenayah

Bukit Bendera Masih Terbakar

bukit benderaKepulan asap yang masih kelihatan berikutan kebakaran di Bukit Bendera:-

GEORGE TOWN: Kebakaran di empat tempat di Bukit Bendera dan Bukit FRU masih lagi berlaku sehingga Khamis.

Pengarah Pasukan Bomba dan Penyelamat Negeri, Azmi Tamat berkata, pihaknya kini masih berkerja keras dalam memadam kebakaran dan mengawal daripada api merebak ke kawasan lain.

Beliau juga mengesahkan bahawa keadaan masih terkawal walaupun pihaknya menghadapi kesukaran dalam memadam keseluruhan api.

“Ini merupakan satu cabaran kepada anggota saya untuk menghampiri kawasan kebakaran kerana curam di lokasi itu sekitar 70 hingga 80 darjah.

“Setakat ini, kami telah berjaya memasukkan air ke lokasi kebakaran dengan bantuan pengangkutan udara, kami berharap keseluruhan kebakaran dapat dipadam pada pagi Jumaat.

Asap tebal akibat kebakaran itu boleh dilihat sejauh 10km termasuk dari luar pulau.

Kebakaran itu dilaporkan berlaku pada Selasa di tiga kawasan di Bukit Bendera dan Bukit Gambir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");