Isu Panas

DAP perlu hentikan sandiwara

gambar tan tuan tatDAP didakwa bersandiwara kerana masih enggan menyerahkan dokumen berhubung pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dalam Kongres Khas tahun lepas kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Bekas Pengerusi DAP Taman Seri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat mendakwa, parti itu seolah-olah mempunyai agenda tersendiri apabila masih enggan menyelesaikan kemelut yang telah melanda parti itu sejak tahun lepas.

Tuan Tat yang menyifatkan kepimpinan DAP sebagai ‘besar kepala’ kerana menyalahkan semua pihak secara berterusan termasuk ugutan untuk mengambil tindakan saman berikutan kepincangan dalam pemilihan parti itu sendiri.

“Sekiranya DAP benar-benar telus dan bersih, mengapa tidak bantu ROS dengan beri semua maklumat yang diminta? Kenapa masih gagal berbuat demikian,” soal beliau pada sidang akhbar berhubung perkara itu Bandar Sungai Long.

Baru-baru ini, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke mengakui hanya menghantar sebahagian senarai yang diminta oleh ROS pada pertemuan di Putrajaya pada 19 Febuari lalu.

ROS sebelum ini meminta DAP mengemukakan laporan lengkap berkaitan pemilihan semula CEC pada Kongres Khas yang diadakan 29 September lalu, termasuk 985 cawangan yang telah diberi status A dan juga salinan asal 500 surat yang ditandatangani oleh perwakilan tidak hadir.

Menurut Tuan Tat, DAP seolah-olah tidak mengambil berat terhadap arahan ROS atau aduan mana-mana anggota dalam parti yang mahu penyiasatan segera dijalankan, sebaliknya asyik menyalahkan ROS dalam semua perkara.

“DAP mahu mengajar rakyat untuk menghormati undang-undang namun hakikatnya mereka sendiri tidak peduli kepada mana-mana peraturan yang tidak menyebelahi parti atau mana-mana pemimpin mereka,” kata beliau.

Dalam pada itu, Tuan Tat turut memberi peringatan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Anthony Loke dan Ketua Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo supaya berhenti menjadikan ROS sebagai mangsa mereka.

“Hentikan perbuatan menuding jari kepada ROS. Salah tetap di pihak mereka kerana terdapat pelbagai keraguan dalam pemilihan. Pemilihan pertama, Guan Eng sendiri pernah mengakui kesilapan itu. Pemilihan kedua juga ada aduan, mengapa tidak dibetulkan ketika mempunyai peluang? Bagaimana mahu memerintah sekiranya parti sendiri mempunyai masalah seperti ini,” tegasnya.

“Permintaan dan kerjasama ROS mudah iaitu senaraikan 2,576 ahli, cawangan dan alamat, senaraikan 1,740 ahli yang berhak hadir dan mengundi beserta cawangan masing-masing, senaraikan 985 cawangan yang telah diberi status Sijil A dan salinan notis kepada 2, 576 ahli selain nama cawangan dan alamat di mana ia dihantar.

“Ini kerana 851 daripada 2,576 perwakilan tidak hadir dan mengundi semasa pemilihan semula CEC dan secara misteri muncul pula 120 cawangan tambahan yang hadir dan pengundi diwakili oleh 450 perwakilan. Ini bermakna 1,301 perwakilan asal tidak hadir untuk mengundi,” jelasnya.

– MalaysiaGazette.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");