Isu Panas

DUN Kajang, Jawatan MB Dan Belang Sebenar Pas

pc pkr1Oleh Nur Azlina Shaari:-

Kemelut yang berlaku dalam PRK Kajang selepas wakil PKR, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai DUN Kajang hanya menampakkan sisi sebenar pendirian PAS.

Parti Islam, PAS selama ini pandai dalam menyorokkan sifat dan sikap sebenar parti itu. Namun, dalam kekecohan parti pembangkang yang sibuk mahu menghadapi PRK Kajang, PAS sudah mulai menunjukkan agenda sebenar mereka.

Selama ini, PAS berhati-hati dalam segala tindakan yang diambil bersabit isu kritikan yang diberikan kepada Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dalam beliau mentadbir dan menguruskan negeri Selangor.

anwar-hukum-bersalah-kes-mahkamah-tetap-bertanding-kajang-khalid-letak-jawatan-selangor

Untuk rekod, pergolakan PKR di Selangor semakin runcing ekoran dari tindakan Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali mengkritik pentadbiran Khalid membabitkan isu-isu tertentu termasuk pemecatan 23 kakitangan PKNS Holdings Berhad (PNHB) pada 4 Februari lalu.

Azmin juga dilaporkan pada 7 Februari lalu secara terbuka mengecam tindakan pemecatan kakitangan PHSB itu selain mendakwa Khalid menggunakan anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai senjata untuk menentang musuh-musuh politiknya.

Justeru, selepas Khalid dihentam dari pelbagai sudut, PAS dalam senyap telah menghulurkan ‘bantuan’ dengan memujuk Khalid untuk keluar dari parti PKR dan menyertai PAS secara total baru-baru ini.

Tidak dapat dinafikan, perkara itu dikatakan pernah dibangkitkan dalam satu pertemuan di antara pemimpin tertinggi PAS dengan Khalid sebelum ini susulan daripada kemelut dalaman PKR Selangor termasuk perebutan jawatan Menteri Besar.

Hakikatnya, bantuan ini dilihat lebih kepada keadaan mahu menampakkan Khalid sangat mementingkan jawatan sebagai MB Selangor yang bakal hilang dan secara tidak langsung, membuatkan tanggapan orang ramai bahawasanya memang benar Khalid lemah mentadbir negeri Selangor.

Umum mengetahui, walau apa sahaja perkara yang berlaku, parti PAS selama ini masih lagi setia memberikan sokongan padu kepada Ketua Umum Pembangkang, Anwar Ibrahim waima Anwar sering kali melakukan kesilapan dalam cara beliau mengendalikan politik parti pembangkang.

Namun, sokongan itu hanyalah sifat kepura-puraan dari parti PAS sahaja. Ini kerana, sokongan itu lebih kepada berbentuk mahu mengekalkan manfaat yang PAS terima dari PKR memandangkan PAS sudah lama bergabung dalam parti Pakatan Rakyat (PR).

Selepas pengunduran Lee Chin Cheh dari DUN Kajang, satu kata putus yang mahukan Anwar diangkat menjadi calon bertanding dalam PRK Kajang hanya kerana sebagai laluan membolehkan Anwar menggantikan Khalid sebagai MB Selangor ditentang oleh parti PAS.

Ada dikalangan pemimpin-pemimpin PAS yang menganggap tindakan Anwar itu sebagai satu pengkhianatan terhadap PR memandangkan PAS selama ini terlalu mudah diketepikan walhal parti itu mempunyai 15 kerusi DUN berbanding PKR yang kini hanya 13.

Sebelum ini juga, PAS tidak mahu memperakui Anwar untuk jadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya walaupun pendirian PAS sejak ia bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam PR cukup konsisten.

Justeru, PAS kini bangkit pula mempertahankan pendirian mereka di mana menegaskan tidak ada keperluan Khalid ditukar dengan MB yang baru disebabkan PAS nampaknya cuba mengelak daripada memberi komitmen untuk menyokong atau tidak rancangan induk PKR mahu meletakkan Anwar sebagai MB jika beliau menang PRK berkenaan.

Jadi, inilah langkah yang sangat berhati-hati dibuat oleh PAS kerana ia lebih kepada memenuhi kepentingan politik PKR dari parti PAS. Tidak mustahil PAS juga mungkin berani mengambil tindakan senyap untuk mencuba cara supaya majoriti Anwar di Kajang sedikit berkurangan berbanding yang diperolehi Lee Chin Cheh.

Dapatlah PAS mengekalkan pemerintahan mereka di Selangor di bawah pimpinan Khalid tanpa ada gangguan atau pun telunjuk dari Anwar.

– UMNO Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");