Sukan Hari Ini

Fadhli balas kepercayaan

fadliPEMAIN pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Fadhli Shas berterima kasih dengan kepercayaan diberikan Ketua Jurulatih, Cesar Ferrando Jiminez untuk bermain menentang Selangor.

Beliau gembira dapat membantu JDT meraih tiga mata kerana melihat kejayaan itu sebagai penting bagi meningkatkan momentum pasukan.

Bekas pemain Harimau Muda A itu turut memuji persembahan ‘luar biasa’ bekas-bekas pemain Red Giants yang kini menyarung jersi bersama Harimau Selatan pada musim ini.

“Malam ini kita tengok ramai bekas pemain Selangor main untuk JDT. Mereka tunjukkan komitmen walaupun tahun lepas main dengan pasukan lain (Selangor), tetapi tahun ini bersama Johor.

“Saya sangat berbangga dengan mereka kerana membantu pasukan dan berjaya dapat tiga mata penuh,” katanya.

Selain itu, Mohd Fadhli tidak dapat menyembunyikan rasa gembira menjaringkan gol pertama peribadinya bersama JDT.

“Semestinya saya rasa gol itu ‘lucky’ tetapi Alhamdulillah saya dapat satu gol untuk peribadi saya dan bantu pasukan saya.

“Apa pun bagi saya semua pemain tunjuk komitmen yang luar biasa. Keputusan 4-1 amat luar biasa kerana Selangor salah sebuah pasukan yang digeruni. Oleh itu menewaskan Selangor merupakan satu bonus kepada kami,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");