Sukan Hari Ini

Fulham Pecat Rene Meulensteen, Lantik Bekas Jurulatih Bayern Munich Felix Magath

Rene MeulensteenPENGURUS Fulham, Rene Meulensteen secara brutal dipecat hanya selepas 75 hari memimpin kelab itu dan diganti dengan bekas pengurus Bayern Munich, Felix Magath.

Meulensteen sebelum itu mengambil alih tempat Martin Jol.

Ia adalah jawatan pengurus yang pertama buat Meulensteen yang sebelum ini adalah pembantu kepada Sir Alex Ferguson di Manchester United.

Magath dilaporkan telah menandatangani kontrak 18 bulan dengan Fulham dan akan mengambil alih serta merta.

Menurut Magath, pemilik Fulham, Shahid Khan telah menyakinkannya untuk terus menerima tanggungjawab ini dengan segera.

‘Saya memandang dengan penuh positif untuk bermastautin di London dan memberikan yang terbaik untuk Fulham dan para penyokong setia kelab ini,’ ujar Magath.

Fulham adalah kelab kota London.

Magath percaya skuad yang diwarisinya sekarang mempunyai kualiti dan keupayaan untuk terus berjuang dan kekal dalam Liga Perdana Inggeris.

Felix Magath
Keputusan Fulham untuk berpisah dengan Meulensteen adalah sesuatu yang diluar jangkaan sama sekali kerana mereka pada mulanya menunjukkan kepercayaan penuh kepadanya untuk memimpin kelab ini keluar dari kemelut yang sedang dihadapi sekarang.

Tetapi sembilan kekalahan, empat seri dan hanya empat menang nampaknya sudah memadai untuk Fulham hilang sabar dengan Meulensteen.

Meulensteen dalam reaksi segera kepada stesen televisyen BBC berkata yang dia sudah menjangkakan yang masanya untuk berpisah bersama kelab ini sudah tiba apabila pemilik kelab menunjukkan tanda-tanda panik yang kelab ini akan tersingkir ke liga bawah.

Malah Meulensteen khabarnya telah memaklumkan kepada staf kejurulatihannya yang dia mengesyaki pucuk pimpinan kelab meragui kemampuannya selepas mereka tewas kepada Sheffield United dalam perlawanan Piala FA awal bulan ini.

Kini dengan tersingkirnya Meulensteen, masa depan Pengarah Teknikal, Alan Curbishley dan Penolong Jurulatih Ray Wilkins menjadi tanda tanya.

Ramai yang menyangka Curbishley yang bakal mengantikan Meulensteen tetapi sebaliknya Fulham memilih Magath.

Tetapi Magath yang sebelum ini menolak pelawaan untuk mengambilalih Hamburg sebaliknya telah menerima pelawaan untuk mengurus Fulham dengan serta merta.

Beliau sebelum ini telah berjaya membawa Wolfsburg menjuarai Liga Jerman lima tahun lalu.

Magath kini hanya mempunyai baki 12 perlawanan liga sahaja lagi untuk menyelamatkan kelab itu daripada tersingkir ke liga bawah.

Fulham kini menduduki tangga ke-20 iaitu kedudukan paling bawah liga dengan hanya mengutip 20 mata.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");