Perak Hari Ini

Guru Tumbuk Empat Pelajar Di Sitiawan Tampil Beri Keterangan

PERAKTODAY13

Seorang guru yang didakwa mengamuk hingga bertindak memukul empat pelajarnya di sebuah sekolah menengah dekat Sitiawan, tampil memberi keterangan Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah, ACP Jaafar Baba, sebanyak empat laporan polis telah diterima pihaknya berhubung insiden yang berlaku pada Rabu lalu.

“Siasatan awal mendapati guru tersebut bertindak sedemikian kerana pelajar terbabit tidak membawa buku latihan,” katanya.

Akibatnya, dua pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan mengalami cedera di dagu dan muka selepas ditumbuk oleh guru tersebut.

“Polis telah mengenalpasti kesemua yang tercedera iaitu seorang pelajar Tingkatan 2 manakala tiga lagi merupakan pelajar Tingkatan 1,” katanya.

Jelasnya, setelah laporan dibuat dan siasatan dijalankan, pihaknya sedang menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital untuk tindakan susulan.

“Keempat-empat pelajar tersebut mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Manjung,” katanya lagi.

Jelasnya, kesemua maklumat siasatan akan dikumpul dan dipanjangkan kepada timbalan pendakwaraya untuk diambil tindakan kelak.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan hukuman denda tidak kurang daripada RM2,000 ataun penjara 1 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

Tegasnya, laporan juga telah disalurkan kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Manjung untuk tindakan sewajarnya dari segi aspek pentadbiran.

“Tindakan susulan bakal diambil oleh pihak PPD kelak dan difahamkan juga semua pihak termasuklah guru tersebut juga telah mengambil tindakan penyelesaian,” katanya.

Jelasnya juga, guru terbabit juga telah melakukan kesalahan yang sama pada Januari yang lalu tetapi telah berjaya diselesaikan oleh semua pihak terlibat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");