Sukan Hari Ini

Hariff mahu ulangi kejayaan dua tahun lalu

hariff

PELUMBA sensasi negara, Mohd Hariff Salleh bertekad ingin mengulangi pencapaian cemerlang dalam saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun ini seperti yang pernah dikecapinya dua tahun lalu.

Anak kelahiran Kuala Terengganu ini berkata, beliau akan melakukan persembahan terbaik bagi mengulangi detik indah itu sekali lagi untuk dikongsi bersama rakyat Terengganu.

“Saya yakin hasrat itu mampu direalisasikan dengan bantuan rakan sepasukan yang mempunyai pengalaman luas dalam kejohanan seperti ini.

“Jika boleh saya ingin menaiki podium di negeri kelahiran saya sendiri khususnya pada peringkat akhir perlumbaan bagi menghadiahkan kepada rakyat Terengganu,” katanya.

Pelumba berusia 26 tahun ini turut melaungkan keyakinan apabila dengan adanya gandingan mantap bersama Anuar Manan serta Adiq Husainie Othman, mereka mampu melonjakkan lagi nama Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG).

LTdL 2014 bermula dari 27 Februari hingga 8 Mac depan meliputi laluan sejauh 1,506.5 km merangkumi 10 peringkat bermula di Langkawi dan berakhir di Kuala Terengganu. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");