Berita Hari Ini

Imigresen laksana operasi buru peniaga warga asing

zahid hamidi

PUTRAJAYA 27 Feb. – Jabatan Imigresen akan menjalankan operasi ke atas premis  perniagaan yang dikuasai warga asing termasuk mereka yang menggunakan permit  rakyat tempatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau  sendiri akan menyertai operasi itu bagi memastikan masalah peniaga warga asing  ditangani sepenuhnya.

“Saya tidak akan beri amaran, tetapi saya akan turun padang bersama pegawai  penguat kuasa.

“Jika ada yang masih berniaga menggunakan lesen rakyat tempatan dan tiada  dokumen sah sebagai pekerja atau hanya dokumen lawatan sosial, sila tinggalkan  negara ini dan hentikan aktiviti ini (berniaga),” katanya dalam sidang media, di  sini hari ini.

Katanya, operasi itu akan dilaksana menerusi fasa kedua Operasi Bersepadu  yang bermula 21 Januari lepas.

Operasi itu melibatkan pelbagai agensi berkaitan dan dilaksana secara  berterusan bagi mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warga asing yang  melanggar undang-undang negara ini. – BERNAMA

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");