Jenayah

Imigresen Tahan 153 Warga Asing Di Ibu Kota

warga-asing

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 153 pendatang tanpa izin (Pati) atas pelbagai kesalahan dalam Ops Bersepadu 6P sekitar ibu kota.

Penolong Pengarah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur James Musa Singa berkata mereka terdiri daripada 136 lelaki dan 17 wanita yang berumur antara 18 dan 45 tahun.

Mereka masing-masing berasal dari Bangladesh, Indonesia, Pakistan, Nepal, India, Myanmar, Vietnam, Kemboja dan Filipina.

“Antara lokasi operasi ini ialah di sekitar Jalan Silang, Jalan Tun HS Lee, Jalan Petaling dan Pasar Seni,” katanya sambil menambah antara kesalahan warga asing itu ialah tidak memiliki dokumen perjalanan dan tinggal lebih masa serta pas permit disyaki palsu.

Beliau berkata pada masa sama, pihaknya menahan tiga majikan warga Nepal, Bangladesh dan Indonesia kerana disyaki menggaji atau melindungi Pati.

Katanya, operasi itu membabitkan 37 pegawai dan anggota Imigresen serta 89 anggota pelbagai agensi iaitu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia.

 

 

 

 

– BERNAMA –

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");