Jenayah

Jalan rosak ganggu rutin harian

jalan kot

Jalan rosak ganggu rutin harian Penduduk mahu jalan rosak segera dibaiki kerana ia sudah berlarutan selama dua tahun. – Foto Sinar Harian:-

TUMPAT – Keadaan jalan rosak dan berlubang di jalan pintas Kampung Jal Kechik-Banggol Petani mengganggu rutin harian kira-kira 500 penduduk di Kampung Jal Kechik dan sekitarnya.

Lebih memburukkan keadaan, setiap kali hujan jalan tersebut ditakungi air dan keadaan jalan yang tidak rata itu mengundang bahaya kepada penduduk.

Penduduk, Nordin Awang, 50, berkata, pengguna sukar untuk keluar ke jalan besar melalui Kampung Banggol Petani.

“Jalan pintas ini adalah laluan utama bagi penduduk Kampung Jal Kechik, Kenat, Pangkal Kaloi, Padang Mandol untuk ke Wakaf Bharu.

“Setiap kali melalui jalan ini, kami berdepan bahaya terutamanya berhampiran jambatan Kada sempadan Banggol Petani dengan Kampung Jal Kechik,” katanya.

Menurutnya, jalan itu juga laluan utamanya saban hari untuk menghantar anak yang bersekolah di Pasir Pekan.

“Kami berharap ada pihak prihatin untuk membaiki jalan ini.

“Kasihan pada kami kerana terpaksa berdepan bahaya saban hari.. Walaupun ia jalan pintas tetapi bagi kami jalan ini laluan utama,” katanya.

Justeru, Nordin berharap jalan itu segera dibaiki kerana ia sudah berlarutan selama dua tahun.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");